Terpilih menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Haji tentunya menjadi detik bermakna bagi setiap umat Islam.
Lebih-lebih lagi apabila dapat menunaikannya bersama insan tersayang selepas dua tahun tertangguh rentetan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Bagi pasangan warga emas, Permai Yusoff 63 tahun dan suaminya Borhan Mamat 65 tahun, mereka mengakui teruja apabila terpilih dan dijadual berangkat ke Tanah Suci, 7 Jun ini.